MUDA juga untuk yang tua, kata Syed Saddiq

MUDA juga untuk yang tua, kata Syed Saddiq

Presiden parti yang baru berjaya didaftarkan itu berkata, individu pelbagai bangsa, agama dan semua peringkat usia boleh menyertainya.

Parti MUDA bukan sahaja boleh disertai semua rakyat, malah sesiapa juga boleh bertanding untuk jawatan tertinggi dalam parti, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Tidak ada had usia ditetapkan bagi sesiapa untuk menyertai Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), malah mereka juga boleh bertanding untuk merebut jawatan tertinggi dalam parti, kata Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, parti itu boleh disertai individu pelbagai bangsa dan agama daripada setiap peringkat usia dan tidak kira sama ada mereka menetap di bandar mahupun luar bandar.

“Kita akan mengadakan pemilihan parti sendiri dan sesiapa juga boleh bertanding untuk jawatan tertinggi,” katanya dalam ciapan di Twitter.

“MUDA untuk semua bangsa dan agama. Untuk yang hidup di tengah kota raya dan pinggir desa. Untuk tua dan muda.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan warganet sama ada jawatannya akan dicabar dan sama ada rakyat bukan Bumiputera boleh bertanding berdasarkan merit.

Terdahulu dilaporkan MUDA akhirnya didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik pada pada 23 Dis, selepas lebih setahun berjuang untuk mendapatkan kebenaran.

Syed Saddiq berkata, partinya menerima lebih 60,000 permohonan keahlian sebelum ini dan angka itu dijangka bertambah dengan sistem pendaftaran secara atas talian yang lebih mudah dicapai.

Jelasnya, MUDA menggunakan pendekatan itu bagi mengelakkan sebarang kerenah birokrasi dengan mengutamakan proses pendaftaran yang lebih telus dan terbuka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.