
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 2,848,312 individu atau 90.5% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,860,910 individu atau 97.7% telah menerima dua dos vaksin, manakala 23,152,917 individu atau 98.9% menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 94,040 dos vaksin diberikan semalam, melibatkan 1,264 dos pertama, 1,340 dos lengkap dan 91,436 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,841,435 dos dengan 6,422,084 daripadanya adalah dos penggalak.