
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya akan menjalankan rondaan keselamatan bagi penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) PPN Fasa 4 di lokasi tumpuan orang ramai.
Katanya, ia untuk mencegah aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
“Orang ramai dinasihatkan terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19.
“Kegagalan mematuhi SOP membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan yang masih berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan.