MBSA tawar khidmat baiki perkakas elektrik percuma kepada mangsa banjir

MBSA tawar khidmat baiki perkakas elektrik percuma kepada mangsa banjir

Peralatan itu hendaklah dibawa ke pusat operasi di Dewan Azalea, Jalan Tokoh 25/28 Taman Sri Muda yang dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 5 petang.

Pembaikan percuma hanya melibatkan diagnosis kerosakan dan pembaikan serta pembersihan membabitkan barangan bersaiz kecil manakala kos alat ganti ditanggung pemilik, kata MBSA. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir khususnya di sekitar Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan khidmat membaiki peralatan elektrik secara percuma bermula hari ini hingga 1 Jan.

Dalam satu makluman di Facebook, MBSA berkata, antara perkakas elektrik yang boleh dihantar adalah periuk nasi, pemanas air, pengering rambut, radio dan sebarang barangan bersaiz kecil.

“Peralatan tersebut hendaklah dibawa ke pusat operasi di Dewan Azalea, Jalan Tokoh 25/28 Taman Sri Muda yang dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 5 petang,” menurut notis itu.

Menurut notis pemakluman itu, perkhidmatan hanya melibatkan diagnosis kerosakan dan pembaikan serta pembersihan.

“Kos barangan alat ganti ditanggung oleh pemilik,” katanya.

Program khidmat masyarakat itu diadakan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) serta beberapa kumpulan NGO yang mahir dalam khidmat pertukangan dan membaiki perkakas elektrik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.