Langgar SOP, majlis kahwin artis disiasat

Langgar SOP, majlis kahwin artis disiasat

Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata mereka menerima satu laporan berhubung majlis perkahwinan diadakan di sebuah villa di Genting Highlands.

Menurut polis, keadaan majlis perkahwinan didapati melanggar SOP Fasa 4 PPN dan semua individu yang hadir akan dikesan.
PETALING JAYA:
Polis menyiasat majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di Genting Highlands kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Dis lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, mereka menerima satu laporan berhubung majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah villa di sana dan selepas satu video tular berdurasi 41 saat dimuat naik di Facebook.

Katanya, berdasarkan siasatan, majlis itu berlangsung kira-kira 8.30 malam.

“Berdasarkan video terbabit, didapati ada tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka, selain tidak mengamalkan penjarakan sosial, ” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.

Zaiham berkata, keadaan majlis itu didapati melanggar SOP Fasa 4 PPN dan polis akan mengesan dan mengenal pasti semua individu yang hadir.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Perkara 17, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.