Amaran hujan lebat di 5 negeri hingga 3 Jan

Amaran hujan lebat di 5 negeri hingga 3 Jan

Jabatan Meteorologi berkata, angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

Amaran hujan berterusan peringkat kuning dijangka berterusan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Isnin depan.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat kuning akibat luruan monsun yang sedang berlaku dan hujan lebat dijangka berterusan sehingga 3 Jan depan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, amaran hujan berterusan dikeluarkan untuk kawasan di Sabah seperti di Tawau, Sandakan dan Kudat bermula hari ini sehingga 2 Jan depan.

Sementara itu, hujan lebat dijangka bermula Khamis ini hingga 1 Jan di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan seperti di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Pahang, antara kawasan terlibat adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Mersing di Johor.

Menurut MetMalaysia, angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.