
Katanya, walaupun Perdana Menteri membatalkan cuti akhir tahun menterinya, keadaan dilihat tidak baik, seminggu selepas banjir besar melanda negara.
“Sudah tentu, kerajaan sepatutnya bertindak seminggu selepas banjir untuk mencari punca salah urus situasi tersebut, seperti menjalankan pascanilai,” katanya dalam kenyataan.
“Adakah Perdana Menteri perlu menunggu Agong mengajar Jemaah Menteri apa yang perlu dilakukan?
“Sudah berapa kali Jemaaah Menteri bermesyuarat sejak banjir (pada intensiti) yang tidak pernah dilihat ini meragut 46 nyawa, dengan lima masih hilang?”
Ketika melawat mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam semalam, baginda bertitah, pascanilai sistem perparitan akan mengurangkan kejadian banjir kilat.
Lim, yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, berkata dua hari telah berlalu sejak menteri diarahkan membatalkan cuti, tetapi masih tiada tanda mana-mana menteri kembali, sambil menambah, Ismail mesti memaklumkan orang ramai mengenai perkara itu.
“Malah terdapat satu dokumen yang tersebar di media sosial mendakwa seorang menteri kanan terbang ke Dubai selepas Perdana Menteri mengumumkan pembatalan cuti itu. Ismail perlu menyangkal (maklumat) ini jika tidak benar.
“Berdiam diri bukan satu pilihan kerana jika menteri dilihat secara terbuka mengingkari arahannya, ia akan memperburuk defisit kepercayaan terhadap kerajaan, yang telah menjunam ke tahap paling rendah dalam sejarah negara,” tambahnya.