
Dengan langkah ini, katanya, kebanyakan rakyat Malaysia yang telah menerima dos pertama dan kedua kini layak untuk dos ketiga.
“Kami akan mengumumkannya minggu depan selepas memuktamadkan butirannya,” katanya pada sidang media di Putrajaya.
Tambahnya, langkah itu mengikut jejak negara lain seperti Jerman dan Australia, yang mengesyorkan selang lebih pendek bagi dos penggalak dalam usaha membendung penularan varian baharu.
Beliau berkata, langkah ini diambil sebagai tindak balas kepada peningkatan jumlah kes varian Omicron yang dikesan di pintu masuk Malaysia.
“Kemungkinan Omicron sudah pun wujud dalam masyarakat agak tinggi, berikutan penemuan pesakit dijangkiti varian itu di Sarawak yang tidak pernah ke luar negara baru-baru ini,” katanya sambil menambah, jumlah kes dijangka akan meningkat.