Tiada lagi ‘rekalibrasi’ PATI selepas program tamat pada Jun, kata Hamzah

Tiada lagi ‘rekalibrasi’ PATI selepas program tamat pada Jun, kata Hamzah

Menteri Dalam Negeri itu meminta PATI yang masih belum tampil mengambil kesempatan ini untuk pulang ke negara asal secara sukarela dan terhormat.

Hamzah Zainudin berkata, KDN dan Jabatan Imigresen tidak berhasrat untuk melaksanakan lagi program rekalibrasi seperti yang sedang berlangsung selepas ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Tindakan keras akan dikenakan ke atas semua pendatang asing tanpa izin (PATI) sebaik tempoh Program Rekalibrasi untuk penghantaran pulang ke negara asal tamat pada Jun, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen tidak berhasrat untuk melaksanakan program seumpama itu lagi selepas ini.

“Saya berharap agar PATI yang masih belum tampil ke hadapan mengambil kesempatan ini untuk pulang ke negara asal secara sukarela dan terhormat,” katanya.

Semalam diumumkan bahawa program itu telah dilanjutkan tempohnya dari 31 Dis kepada 30 Jun tahun depan.

Sejak program itu dilaksanakan bermula Disember tahun lepas, hampir 200,000 PATI telah berdaftar untuk pulang secara sukarela dan kira-kira 160,000 telah pulang ke negara asal masing-masing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.