
Pencemaran udara merupakan masalah yang semakin serius hari ini sementara pencemaran udara dalam bangunan berpotensi menjadi lebih berbahaya berbanding pencemaran di luar kerana pelbagai kuman dan pertikel yang terperangkap.
Pendedahan kepada kualiti udara yang tidak baik untuk tempoh masa yang panjang boleh mengakibatkan masalah pernafasan teruk, asma, malah kanser paru-paru dalam beberapa kes yang ekstrem.
Meskipun pembersih udara boleh membantu membasmi bahan cemar dan alergen di dalam kediaman, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memilih alat yang betul agar pembersihan boleh dilakukan dengan berkesan.
Pembersih udara yang tidak sesuai akan membazirkan wang dan tidak dapat membaiki kualiti udara. Dalam situasi itu, anda akan terus menghirup udara hapak yang dicemari bulu haiwan, debu, formaldehyde, asap rokok dan banyak lagi.
Ini adalah panduan untuk memilih pembersih udara yang betul.
LANGKAH 1: Ketahui apa yang anda perlukan
Penting untuk tahu apakah jenis bahan cemar yang mahu anda basmi daripada udara yang anda hirup, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai alahan, asma atau sensitif terhadap bahan kimia tertentu.
Pilih pembersih udara yang bukan sekadar alat penapis mekanikal yang menyalurkan udara kotor melalui penapis.


Sebaliknya, pilih penapis berteknologi tinggi seperti Blueair’s HEPASilent Ultra™️ yang menggabungkan dua jenis teknologi penapis (elektrostatik dan mekanikal).
Teknologi terkini itu membunuh virus dan bakteria serta menapis sekurang-kurangya 99.99% partikel melebihi saiz 0.1 mikron. Ini termasuklah plastik mikro serta partikel lebih besar seperti debu, debunga, asap dan sisik kulit haiwan.
Udara dalam rumah anda akan jadi lebih bersih, sekali gus mengurangkan alahan dan sensitiviti kimia serta asma.
LANGKAH 2: Saiz yang anda perlukan
Pastikan anda membeli pembersih udara dengan saiz yang sewajarnya agar anda dapat memanfaatkan kadar pertukaran udara dalam sejam (ACH) yang disaran AHAM.
Banyak pemilik rumah memilih saiz alat yang terlalu kecil berbanding keluasan kerana kekangan kewangan. Ada pula yang memilih alat yang nampak gah tetapi fungsinya tak seberapa.
Alat yang terlalu kecil dalam ruang yang luas tidak akan berkesan, manakala pembersih udara bersaiz besar akan menyebabkan anda menanggung kos operasi yang lebih tinggi.
Dalam isu memilih pembersih udara yang betul, pertimbangkan keluasan kaki persegi bilik.
Kebanyakan pembersih udara mempunyai panduan saiz. Berikut adalah anggaran saiz alat mengikut saiz bilik:
• Kecil: 107-430 kaki persegi
• Sederhana: 430-645 kaki persegi
• Besar: 465-1184 kaki persegi
• Ekstra besar: 1184+ kaki persegi
Produk Blueair mempunyai banyak saiz, seperti model Blue 3210 (liputan seluas 185 kaki persegi atau 17 meter persegi dengan pertukaran udara sebanyak lima kali setiap jam) dan model Pro XL (liputan seluas 1,200 kaki persegi atau 112 meter persegi dengan pertukaran udara sebanyak lima kali setiap jam).

Kadar pertukaran udara dalam sejam (ACH) adalah berapa kali sesebuah pembersih udara menapis keseluruhan isi padu udara dalam satu ruang setiap jam.
Kadar ACH yang disarankan oleh Persatuan Pengilang Perkakas Rumah (AHAM) adalah sebanyak 4.8 kali setiap jam agar tahap partikel dapat dikurangkan dengan berkesan (keberkesanan pembersih udara bergantung pada kadar ACH – lagi tinggi lagi bagus).
Sekiranya anda mempunyai alahan atau menghidap asma dan mencari pembersih udara untuk membantu anda mengawal gejalanya, pilih alat yang mempunyai kadar ACH yang tinggi (sekurang-kurangnya 4.8).
LANGKAH 3: Aras bunyi yang selesa
Banyak syarikat yang menghasilkan pembersih udara memaparkan rating aras bunyi pada pakej. Ini penting kerana pembersih udara yang bising amat tidak menyenangkan.
Aras bunyi yang disarankan bagi kebanyakan ruang kediaman adalah 50 decibel.
Produk Blueair (yang mendapat pengiktirafan Quiet Mark) mempunyai aras bunyi 29 hingga 50 dB(A). Tahap bunyi setinggi itu tidak boleh didengari oleh kebanyakan orang.

Membeli pembersih udara menambah satu lagi perbelanjaan dan membiarkan ia berjalan sepanjang masa menambah kos utiliti rumah. Oleh itu pilih pembersih udara yang cekap penggunaan elektriknya.
Pilih alat yang menggunakan elektrik serendah 7-45 W (kurang daripada lampu LED) supaya anda boleh membiarkan ia berjalan sepanjang hari tanpa bimbang. Blueair model Classic 205 atau Classic 405 merupakan pilihan yang bagus.
LANGKAH 4: Servis dan penyelenggaraan
Pembersih udara sepatutnya mudah diservis dan diselenggara agar ia boleh bekerja dengan cekap dan berpatutan dari segi kos.
- Menukar penapis: Cuma perlu keluarkan penapis yang kotor untuk digantikan dengan penapis baharu. Tak perlu cuci dan guna semula penapis pun.
- Kekerapan: Anda disaran menukar penapis setiap enam bulan agar pembersih udara boleh bekerja dengan berkesan.
- Bekalan penapis: Pastikan penapis mudah didapati sama ada menerusi peruncit atau platform beli-belah dalam talian. Penapis pembersih udara Blueair dijual berasingan. Anda harus tahu penapis gantian bagi beberapa jenama pembersih udara di pasaran tak mudah didapati.

LANGKAH 5: Ciri-ciri khas yang anda mahu
Mahukah anda memiliki pembersih udara yang boleh dihidupkan dengan hanya menekan satu butang?
Antara ciri-ciri yang anda perlu perhatikan:
- Sambungan Wi-Fi supaya anda boleh kawal pembersih rumah di mana sahaja dalam kediaman anda.
- Kawalan jarak jauh supaya anda boleh pantau kualiti udara melalui telefon bimbit.
- Paparan LCD yang memaparkan kualiti udara semasa.
Blueair mempunyai pelbagai model untuk keperluan anda. Model HealthProtect™️ 7770i dan HealthProtect™️ 7440i misalnya mempunyai alat berteknologi tinggi dan boleh dihubungkan dengan telefon pintar anda menerusi Blueair App.

Tambahan pula, pembersih udara Blueair model HealthProtect boleh secara berkesan menapis 99.99% virus SARS-CoV-2* bawaan udara dalam makmal.
Teknologi pembersih udara terbaik disokong bukti. Sekiranya anda mengikut panduan ini, anda boleh memudahkan proses memilih pembersih udara yang sesuai.
Tonton video ini jika untuk faham bagaimana Blueair mengatasi pesaing bila bercakap tentang prestasi pembersihan udara.

Tonton video ini untuk memahami dengan lebih lanjut kenapa prestasi Blueair membersihkan udara lebih baik berbanding pesaing.
Artikel ini disediakan oleh Blueair, dan diterbitkan secara eksklusif oleh Visionary Solutions.
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook atau Instagram Blueair.
Anda boleh membeli produk Blueair di kedainya di Lazada dan Shopee.
Produk Blueair juga boleh didapati di rakan-rakan runcit seperti Harvey Norman, ESH, TBM, One Living, SenHeng, Best Denki dan banyak lagi.
Penafian:
*HealthProtect™️ siri 7400 diuji oleh MRIGlobal. Saiz kebuk ujian 0.37 m3 dihadkan oleh protokal keselamatan dan tidak sama dengan kawasan ujian standard bagi bilik bersaiz sehingga 38 meter persegi. Tidak terbukti ia dapat membunuh virus SARS-CoV-2 atau mengurangkan atau mencegah jangkitan Covid-19.