Isteri vokalis Alleycats meninggal dunia akibat kanser

Isteri vokalis Alleycats meninggal dunia akibat kanser

Perkara itu dimaklumkan David Arumugam kepada Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air, DJ Dave.

Vokalis kumpulan Alleycats, David Arumugam kehilangan Sabrina Clydes akibat kanser. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Vokalis kumpulan Alleycats, David Arumugam kehilangan isteri tercinta, Sabrina Clydes, 65, akibat kanser hari ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), DJ Dave yang berkata, beliau dimaklumkan sendiri oleh penyanyi berusia 71 tahun itu.

“Saya terima panggilan telefon David pagi tadi memaklumkan isterinya meninggal dunia kira-kira 6 pagi.

“Setahu saya, isterinya menghidap kanser sejak empat tahun lalu,” katanya dipetik Berita Harian.

Menurut laporan berkenaan, usaha mendapatkan komen daripada penyanyi yang popular dengan lagu “Seribu Bintang” itu gagal kerana beliau sibuk menguruskan pengebumian isterinya.

Pada 2007, David kehilangan adik yang juga anggota Alleycats, Loganathan Arumugam akibat kanser paru-paru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.