
Majistret Muhammad Azzam Zainal Abidin, menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Wan Abd Hisham Wan Ahmad Tajuddin, 71, didapati bersalah atas empat pertuduhan pilihan.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan menangguhkan hukuman ke atas Wan Abd Hisham, sehingga selesai proses rayuan.
Menurut laporan Kosmo, jumlah jaminan dinaikkan kepada RM12,000 daripada RM5,000 sebelum ini, serta serta pasport antarabangsa milik tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Wan Abd Hisham didapati bersalah melakukan kekerasan jenayah kepada seorang gadis, 16, dengan cara memegang bahu, menarik rapat, memegang bahu dan belakang badan, menepuk bahagian punggung, mencium dahi dan menyentuh payudara untuk mencabul kehormatannya.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di pejabat dan bilik mesyuarat rumah anak yatim dan miskin yang terletak di Klang, antara Ogos 2018 hingga Februari 2019.
Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat.