Siasatan kesihatan selesai, Dr M dibenar keluar IJN beberapa hari lagi

Siasatan kesihatan selesai, Dr M dibenar keluar IJN beberapa hari lagi

IJN berkata, pasukan doktor yang merawat bekas Perdana Menteri itu berpuas hati dengan keputusan siasatan kesihatannya.

Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara Khamis lalu.
PETALING JAYA:
Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Khamis lalu, dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi selepas melengkapkan siasatan kesihatannya.

“Pasukan doktor merawat Mahathir berpuas hati dengan keputusan siasatan yang dilaksanakan beberapa hari lalu,” kata IJN dalam kenyataan.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri itu dan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

Mahathir dimasukkan ke IJN untuk rawatan dan pemantauan pada Ogos 2016, serta jangkitan di dada pada 2018.

Ahli Parlimen Langkawi itu yang kini berusia 96 tahun, mengalami serangan jantung ringan pada 2006.

Beliau telah menjalani dua pembedahan pintasan, yang pertama di Hospital Kuala Lumpur pada 1989 dan kedua di IJN pada 2007.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.