
PETALING JAYA: Berikutan banjir kilat di sekitar Lembah Klang dan cuaca tidak menentu sejak Jumaat, sebanyak 68 laluan bas RapidKL di sekitar ibu negara ditutup bermula hari ini hingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Rapid Bus Sdn Bhd dalam kenyataan berkata kesejahteraan penumpang dan kapten bas menjadi keutamaan dalam situasi itu.
“Kami ingin mengingatkan orang awam untuk kekal selamat dan berwaspada dengan situasi semasa.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih di atas pemahaman anda. Ikuti saluran media sosial Rapid KL untuk perkembangan terkini,” menurut kenyataan itu.
Senarai laluan bas yang terjejas boleh didapati disini.