
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dikatakan menang 74 daripada 82 kerusi pada PRN Sarawak sebentar tadi, memberikannya kemenangan besar melebihi majoriti dua pertiga untuk terus menerajui negeri itu.
Antara lain Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, menang DUN Gedong. Beliau meraih 4,310 undi, dengan majoriti 3,607 undi.
GPS juga diisytiharkan menang di Tanjong Datu, menerusi anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem.