
Mangsa ialah seorang ibu, Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anaknya berusia antara 10 bulan hingga 16 tahun iaitu Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, Puteri Nur Ain Syalwana, 3, Muhamad Hidayat Hakimie, 7, Muhamad Rolkaizat Rezky, 9, Muhamad Aizat Shazwan, 10, Razatul Aliah, 16 dan Muhamad Razarul Amin, 17.
Manakala suaminya, Abdul Razak Majit, 50, yang memandu kereta Proton Wira dinaiki mereka dilaporkan cedera ringan.
Turut maut ialah seorang mekanik, Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang sebelum itu cuba membantu menghidupkan kereta dipandu Abdul Razak dengan memandu Proton Wira.
Selain Rahimi, sebuah lagi kereta Perodua Axia turut berada di lokasi kejadian apabila pemandunya cuba membantu mangsa.
Jurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata, keadaan permukaan jalan lebuh raya tiga lorong sehala menghala ke Shah Alam itu licin akibat hujan lebat.
“Sebuah lori yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba gagal dikawal dan merempuh tiga kereta berkenaan yang sedang berhenti di lorong kecemasan.
“Pada masa sama lori berkenaan menyeret kereta Abdul Razak ke kanan lebuh raya sehingga menyebabkan sembilan ahli keluarganya dan Muhamad Rahimi maut ditempat kejadian,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Seorang mangsa yang cedera parah serta dua cedera ringan dihantar ke Hospital Shah Alam, untuk rawatan.
Polis telah menahan pemandu treler terbabit untuk siasatan lanjut. Individu yang menaiki treler dan tidak mengalami kecederaan pula dikenali sebagai Mohd Khairol Kamal Abdullah, 45; serta dua anaknya Haiqal Haziq, 19; dan Hafiey Hamziey, 14.
Hasil ujian air kencing dan ujian pengambilan alkohol juga mendapati pemandu lori terbabit bebas dari dadah dan alkohol.