(VIDEO) 10 termasuk 9 beranak maut nahas babit 3 kereta, sebuah treler

(VIDEO) 10 termasuk 9 beranak maut nahas babit 3 kereta, sebuah treler

Menurut bomba, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

Menurut bomba, mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.
PETALING JAYA:
Sepuluh individu termasuk sembilan beranak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di Subang Jaya, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.42 malam untuk operasi menyelamat.

Kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

“Nahas membabitkan 17 mangsa yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia.

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, sembilan daripada mangsa itu adalah satu keluarga iaitu seorang wanita dan lapan anaknya.

Bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alatan khas dan dibantu sebuah kren untuk mengangkat treler.

Norazam berkata, sebaik tiba di lokasi anggotanya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alatan khas dan dibantu sebuah kren untuk mengangkat treler.

“Semua mangsa dapat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia oleh seorang doktor dari Hospital Shah Alam di lokasi kejadian,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.