
Dalam kenyataan berhubung prosedur operasi standard (SOP) sambutan Krismas, katanya, upacara sembahyang dibenarkan mengikut SOP semasa pembukaan rumah ibadat bukan Islam.
Beliau berkata, persembahan koir di gereja turut dibenarkan dengan ahli koir perlu mematuhi penjarakan fizikal tidak kurang 1m dan memakai pelitup muka atau “face shield”.
Tetapi katanya, pembukaan bazar Krismas bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Halimah berkata, mesyuarat kuartet menteri Covid-19 ke-10 meluluskan SOP itu untuk dilaksanakan pada 24 dan 25 Dis ini.
Beliau juga menyeru penganut Kristian sentiasa mematuhi SOP, termasuk memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal semasa meraikan Krismas.
Awal hari ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, acara peribadi atau majlis sambutan kecil-kecilan sempena Krismas atau Tahun Baharu hanya dibenarkan, dengan syarat hadirin perlu menjalani ujian saringan kendiri Covid-19 terlebih dahulu.