41 pelajar Politeknik Nilai positif Covid-19

41 pelajar Politeknik Nilai positif Covid-19

Sehingga tengahari tadi, seramai 440 telah menjalani ujian saringan dan 38 kontak rapat telah diasingkan di blok asrama yang berbeza.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata kluster ini mula dilaporkan pada 8 Dis lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 41 pelajar di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan dikesan positif Covid-19 yang mencetuskan kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Pendidikan Nilai.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, sehingga jam 12 tengahari hari ini, sebanyak 440 orang telah menjalani ujian saringan.

“Daripada jumlah itu, seramai 41 pelajar disahkan positif wabak itu manakala 399 lagi adalah negatif.

“Seramai 10 pelajar yang positif dihantar untuk menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin, seorang menerima rawatan di hospital, manakala selebihnya ditempatkan di blok asrama,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Jelasnya, seramai 38 kontak rapat telah diasingkan di blok asrama yang berbeza.

Katanya, kluster ini mula dilaporkan pada 8 Dis lalu yang melibatkan pelajar Politeknik Nilai.

“11 kes pertama dikesan melalui saringan bersasar pelajar menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen pada 3 hingga 6 Dis lalu.

“Susulan itu, Kementerian Kesihatan mengesan 36 kontak rapat dan ujian saringan dilakukan ke atas mereka mendapati 19 lagi kes positif Covid-19 dilaporkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.