
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata, kes itu mencetuskan kluster baharu, kluster pendidikan Jalan Sikamat.
Katanya, kluster berkenaan diumumkan secara rasmi pada 17 Jan lalu, dan kes direkodkan daripada warga sekolah bergejala dalam ujian saringan Covid-19.
“Mereka yang disahkan positif telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Tampin bagi rawatan selanjutnya.
“Dalam kluster ini, seramai 227 individu telah disaring termasuklah warga sekolah serta kontak rapat. Seramai 171 individu lain pula negatif,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Veerapan berkata, sekolah berkenaan kini ditutup bagi tujuan sanitasi.
Semalam, media melaporkan dua sekolah di Kedah, SMK Kota Kuala Muda dan Maktab Mahmud, Tobiar, Pendang, ditutup selepas pelajarnya disahkan positif Covid-19.