
Justeru, Idris memaklumkan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti perkara itu dan pada ketika ini, kebenaran masih belum diperolehi.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa akur dengan perkara tersebut demi kemaslahatan masyarakat namun akan terus berusaha untuk mencapai keputusan terbaik.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ataupun agensi di bawah Hal Ehwal Agama tidak ada kuasa untuk memaksa mana-mana pihak bagi perkara ini, kerana ia juga tertakluk kepada bidang kuasa agama negeri masing-masing.
“Prosesnya adalah apabila ia telah dibincang, saya akan mengarahkan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dikemukakan kepada pihak Yang di-Pertuan Agong, begitu juga dengan negeri yang lain.
“Ia juga bergantung kepada bidang kuasa kerajaan negeri yang mana pandangan pihak MKN akan diutamakan,” katanya menurut laporan portal kerajaan Terengganu, www.trdi.my.
Idris berkata, MKN mempunyai pandangan sendiri dan pihaknya perlu menghormati perkara itu dengan keputusan terakhir adalah tertakluk bidang kuasa di negeri itu masing-masing.
“Sebab itu kita tengok kapasiti masjid dan surau di setiap negeri berbeza, seperti di Terengganu jemaah dibenarkan hadir mengikut keluasan masjid,” ujarnya ketika program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Peduli : Musa’adah Asnaf dan Kuliah Subuh khasnya, di Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.
Mengulas mengenai program itu, beliau berkata, bantuan disampaikan kepada 30 keluarga terpilih di kawasan masjid terbabit merupakan satu usaha berterusan pihak YADIM.
Katanya, melalui program berkenaan, pihaknya dapat membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 serta mereka yang dikenalpasti memerlukan bantuan berkenaan.