
PETALING JAYA: Seramai 2,838,110 atau 90.1% daripada populasi remaja di negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,732,740 individu atau 86.8% golongan itu lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.
Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,752,434 individu atau 97.2% telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,071,502 atau 98.6% lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sebanyak 140,831 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,708 dos pertama, 7,332 dos lengkap serta 128,791 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,615,414.