Ali Biju bertanding calon bebas di DUN Krian

Ali Biju bertanding calon bebas di DUN Krian

Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.

Ali Biju hadir di pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Masyarakat Sri Krian di Saratok sebagai calon bebas menggunakan logo kerusi.
SARATOK:
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian Ali Biju bertanding sebagai calon Bebas dalam usaha mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.

Teka-teki sama ada Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu akan mempertahankan kerusi tersebut akhirnya terjawab apabila beliau hadir di pusat penamaan calon (PPC) di Dewan Masyarakat Sri Krian sebagai calon Bebas menggunakan logo kerusi.

Beliau yang juga ahli Bersatu hadir pada 9.02 pagi di dewan tersebut seterusnya menyempurnakan proses pencalonan.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Krian Bilong Engkas mengumumkan pertandingan di kerusi itu melibatkan tiga lagi calon, iaitu Musa Dinggat daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Danny Kuan dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Friday Belik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.