
Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu, berkata Yeoh bukan sahaja berkhidmat untuk kawasannya, tetapi turut menghormati etika di masjid.
“Selepas 64 tahun merdeka, kita tidak malukah masih menggunakan politik kebencian kaum dan agama? Cukup-cukuplah,” tulis Ahli Parlimen Pengerang itu di Twitter.
Yeoh kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Azalina kerana “menjadi suara kesederhanaan”
Sebelum ini, Yeoh dikritik pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau kerana memakai selendang ketika melawat sebuah masjid di Kuala Lumpur minggu lalu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, kemudian mempertahankan Yeoh dan menyelar Boo dengan menyifatkan kritikannya tiada beza dengan kenyataan “pemimpin PAS ekstremis dan primitif”.
Katanya, tindakan Boo berisiko menggambarkan pemimpin DAP tidak bertoleransi dan regresif serta memberi gambaran buruk kepada keseluruhan DAP.
Terdahulu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, turut mempertahankan Yeoh dengan menyifatkannya “rakyat Malaysia yang hebat dan patriotik”.