Polis kesan treler sebabkan 14 tiang elektrik tumbang di Slim River

Polis kesan treler sebabkan 14 tiang elektrik tumbang di Slim River

Kejadian jam 6.30 pagi itu sempat dirakam seorang saksi yang berada di tempat kejadian.

Sebahagian daripada 14 tiang elektrik tumbang dan terputus wayar selepas dipercayai tersangkut pada badan sebuah treler di Slim River, hari ini. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Polis sedang mengesan pemandu treler yang dipercayai menyebabkan 14 tiang elektrik tumbang di Jalan Ahmad Boestamam, Slim River, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mualim Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian jam 6.30 pagi itu sempat dirakam oleh seorang saksi.

“Kejadian itu disedari selepas anggota Balai Polis Slim River yang membuat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di jalan tersebut pada 8.30 pagi.

““Anggota polis ternampak beberapa tiang elektrik telah terbalik dan pemeriksaan mendapati terdapat lebih kurang 14 tiang telah terbalik,” katanya dalam kenyataan menurut laporan Utusan Malaysia.

Sulizmie berkata, tiang elektrik berkenaan dipercayai tersangkut pada sebuah treler yang melalui Jalan Ahmad Boestaman di hadapan Maybank Slim River yang mahu berpatah balik ke Jalan Persekutuan menghala ke Ipoh.

Katanya, saksi yang berada di lokasi kejadian memberitahu, kejadian berlaku pukul 6.30 pagi selepas sebuah treler yang dipandu seorang lelaki bersama dua kelindan melalui jalan tersebut.

“Treler tersebut mahu keluar semula ke Jalan Persekutuan menghala ke Ipoh dan pemandu tidak sedar kontena treler tersangkut pada dawai elektrik hingga menyebabkan beberapa tiang tumbang dan dawai terputus.

“Usaha mengesan pemandu lori sedang dijalankan disebabkan pemandu meneruskan perjalanan selepas kejadian dan tindakan saman akan diambil,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.