
Ini menjadikan keseluruhan 2,544,007 daripada 2,638,221 pesakit Covid-19 sudah pulih setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 500 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 400 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 100 lagi masih dalam siasatan.
Katanya, 258 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, termasuk 161 daripadanya positif Covid-19 dan 97 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
Daripada jumlah kes baharu hari ini, terdapat 21 kes import dan baki 5,418 kes penularan tempatan yang membabitkan 5,229 warganegara serta 189 warga asing.
Hisham berkata, hanya 1.9% pesakit berada dalam Kategori 3 hingga 5 ketika didiagnosis.
Katanya, enam kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.