
Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor memutuskan pendakwaan gagal membuktikan tuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya tanpa keraguan munasabah terhadap cucu pelakon itu, Zakaria Nasir, 30, serta Mohd Faizul Zulkipli, 37, dan Mohammad Saifuddin Darmawan, 34.
Mereka bertiga didakwa mengedar 4.67kg kanabis di Apartmen Desa Idaman, Puchong, pada 15 Jan 2018.
Mereka turut didakwa atas dua tuduhan memiliki 20.5g methamphetamine atau syabu dan 0.95g Erimin-5.
Peguam Zakaria, Latheefa Koya berkata, dia dan Saifuddin merupakan pelawat ke unit apartmen itu ketika serbuan pihak berkuasa.
Katanya, pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa Zakaria mempunyai akses eksklusif kepada unit berkenaan.
Peguam Rajpal Singh dan Phan Yantong Nur Sarah hadir bagi pihak Faizul, manakala Dir Kheizwan Ab Halim @ Kamaruddin mewakili Saifuddin. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail.