
Sementara itu, sebanyak 4,218 atau 63.8% permohonan lulus bagi bayi yang dilahirkan di luar negara kepada bapa dengan kewarganegaraan Malaysia.
Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, KDN berkata, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 2010 hingga 11 Okt, sebanyak 7,515 permohonan kewarganegaraan dibuat oleh ibu rakyat Malaysia, manakala 6,611 permohonan oleh bapa dengan kewarganegaraan Malaysia.
Hannah Yeow (PH-Segambut) meminta KDN menyatakan dengan terperinci jumlah dan peratusan wanita berkahwin dengan warga asing yang mendapat kewarganegaraan untuk anak mereka yang lahir di luar negara.
Pada 9 Sept lepas, hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir memutuskan bahawa bayi yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kewarganegaraan melalui proses undang-undang.
Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Bagaimanapun, pada 15 Nov, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kerajaan untuk menggantung keputusan mahkamah berkenaan.