85.9% populasi remaja sudah divaksin

85.9% populasi remaja sudah divaksin

Sejumlah 2,818,165 individu atau 89.6% bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 96.8% atau 22,659,382 individu telah lengkap vaksinasi manakala 98.3% atau 23,006,300 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 2,702,748 individu atau 85.9% daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 2,818,165 individu atau 89.6% bagi populasi remaja pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 96.8% atau 22,659,382 individu telah lengkap vaksinasi manakala 98.3% atau 23,006,300 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 42,010 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,214 suntikan dos lengkap, 2,030 menerima dos pertama dan 36,766 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,231,117.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.