
Juruteknik dari sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, Mohd Syahrizal Harun yang lebih dikenali sebagai Mat, 40, sebelum ini tidak dapat pulang ke Kampung Bertam Baru akibat larangan rentas negeri disebabkan penularan Covid-19.
Sepanjang perjalanan selama empat hari untuk pulang kampung, beliau berdepan pelbagai cabaran, khasnya cuaca tidak menentu.
“Cabaran kedua ialah berjalan di musim hujan dengan beberapa kejadian tanah runtuh, banyak jalan ditutup serta dilencongkan ke arah lain (menyebabkan) kena tambah kilometer perjalanan lagi.
“Di waktu malam pula, berjalan risikonya hanya satu, keadaan gelap dan binatang, tapi Alhamdulillah tidak ada binatang yang berbahaya, setakat anjing sahaja,” katanya dipetik Astro Awani setibanya di Hentian Gua Musang hari ini.
Ketibaannya di Gua Musang disambut ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusoff, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail.