Kematian Ketua Penolong Pengarah tiada kaitan dos penggalak, kata Hisham

Kematian Ketua Penolong Pengarah tiada kaitan dos penggalak, kata Hisham

Orang ramai diminta tidak lagi membuat spekulasi terhadap kematian Dr Chai Koh Meow kerana siasatan sudah selesai

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian Dr Chai Koh Meow berpunca daripada penyakit jantung koronari dan ‘myocardial infarction’. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan berkata, kematian Ketua Penolong Pengarah Kanannya, Dr Chai Koh Meow bukan disebabkan suntikan penggalak vaksin Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian Chai pada 17 Nov lalu berpunca daripada penyakit jantung koronari dan “myocardial infarction”.

Sebelum ini, timbul spekulasi kematiannya dikaitkan dengan dos penggalak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang turut hadir dalam sidang media bersama Hisham, menggesa orang ramai tidak lagi membuat spekulasi terhadap kematian Chai kerana siasatan sudah selesai.

Katanya, ada beberapa kes lain yang sedang disiasat pihaknya, namun tiada kes tempatan membabitkan kematian yang dikaitkan dengan pengambilan vaksin setakat ini.

“Dalam pengetahuan kita, dos penggalak 100% selamat. Jadi, tidak perlu bimbang mendapatkan dos penggalak, ia akan melindungi anda daripada kesan sangat teruk jangkitan dan risiko kematian. Berdasarkan syor pakar, manfaatnya melebihi risiko,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.