Isu makan itik: KPDNHEP buat laporan polis

Isu makan itik: KPDNHEP buat laporan polis

Menterinya Alexander Nanta Linggi semalam menafikan membuat dakwaan itu, yang disifatkan tidak sensitif dan fitnah.

Semalam tular gambar kononnya Alexander Nanta Linggi menggesa rakyat Malaysia makan itik sementara menunggu kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini membuat laporan polis susulan isu kenyataan serta gambar tular yang mempersenda kesusahan rakyat semalam.

Menteri berkenaan Alexander Nanta Linggi menafikan membuat dakwaan yang tidak sensitif itu dan menyifatkan perkara tersebut sebagai fitnah.

“Saya dengan jelas ingin menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan rakyat perlu makan itik. Saya tidak pernah buat begitu, itu fitnah.

“Jadi, KPDNHEP telah membuat laporan polis mengenai isu ini dan saya kesal dengan perbuatan fitnah sebegini. Kalau terdesak pun, jangan lakukannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, dilaporkan terdapat satu kenyataan yang dibuat susulan sekeping gambar tular kononnya menunjukkan Nanta menggesa pengguna di Malaysia makan itik sementara menunggu kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.