
Presidennya, Rosland Mohd Arif, berkata ini akan berlaku apabila moratorium bank, skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pakej i-Sinar berakhir.
“Aduan muflis ini diterima oleh kami dari seluruh negara. Jika sehari 30 kes, sebulan 900 aduan manakala setahun 10,800 aduan,” kata beliau, menurut laporan Utusan Malaysia.
Rosland berkata, beliau juga menerima laporan daripada peminjam yang mendakwa mereka diancam oleh ah long yang mengenakan kadar faedah setinggi 6% sebulan.
Beliau menggesa kerajaan untuk campur tangan dan membantu golongan yang berdepan masalah kewangan dan individu lain yang akan jatuh muflis sebelum mereka terpaksa meminta bantuan ah long.
“Jika kerajaan perlu kerjasama, kami sudi menjadi wakil kerajaan dalam menyelesaikan masalah muflis dan hutang ini dengan bertindak sebagai perunding supaya mangsa tidak dianiaya oleh mana-mana pihak mahupun bank,” katanya..