
Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin itu menegaskan senarai nama sebenar ada bersamanya dan ia tidak sama seperti mana yang tersebar di media sosial.
“Senarai nama yang sebenarnya ada pada saya dan ia tidak sama dengan yang saya lihat. Sudah tentu ia mempunyai nama-nama ahli parti dan kawasan yang sepatutnya mereka bertanding sebagai calon, tetapi saya boleh mengesahkan bahawa senarai itu tidak benar.
“Gambar itu adalah surat layang,” katanya menurut laporan The Borneo Post.
Tambahnya, kesahihannya juga boleh dipertikaikan kerana tiada tandatangan diturunkan pada senarai itu.
Senarai yang ditunjukkan itu didakwa menamakan empat muka baharu bertanding atas tiket PRS pada PRN kali ini bersama tujuh penyandang yang akan mempertahankan kerusi masing-masing.
Dalam senarai itu, mereka menamakan balu kepada mendiang James Masing iaitu Corinne Bua Nyipa yang ditulis sebagai ‘Puan Sri Connie Bua Nyipa’ bagi kerusi DUN Baleh. Selain itu, turut dinamakan adalah Rita Sarimah Patrick Insol (Kakus); Doris Sophia Brodie (Bukit Begunan); dan Anyi Jana (Ngemah).
Selain Snowdan, senarai itu turut menyenaraikan penyandangnya iaitu Malcolm Mussen Lamoh (Batang Ai); Christopher Gira Sambang (Tamin); Wilson Nyabong Ijang (Pelagus); Liwan Lagang (Belaga); Chukpai Ugon (Murum); dan Majang Renggi (Samalaju).
PRN ke-12 Sarawak akan diadakan pada 18 Dis ini dengan penamaan calon ditetapkan pada 6 Dis. Sarawak mempunyai 82 kerusi DUN dengan sebahagian besar dikuasai oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).