Tiap kali kalah ‘undur Anwar’, perangai jangan macam budak sekolah, PKR sindir DAP

Tiap kali kalah ‘undur Anwar’, perangai jangan macam budak sekolah, PKR sindir DAP

Timbalan Ketua Penerangan PKR Manivanan Gowin berkata Anwar Ibrahim sentiasa dipersalahkan jika berlaku kekalahan dalam pilihan raya.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Manivanan Gowin berkata, setiap kali berlaku kekalahan, ‘gendang’ akan berbunyi melalui kelompok sama dengan naratif sama, iaitu ‘Undur Anwar Undur’.
PETALING JAYA:
Pimpinan PKR hari ini mempersoalkan mengapa segelintir pemimpin dan Pemuda DAP bersikap hipokrit dan sering menuding jari mencari kesalahan apabila berlaku kekalahan dalam pilihan raya.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Manivanan Gowin berkata, setiap kali Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengorak sesuatu langkah, semua menunggu untuk menikmati habuannya dan sekiranya gagal, beliau seorang sahaja akan dipersalahkan.

Manivanan berkata, jika sikap begitu diteruskan, rakyat tidak akan lagi menyokong PH kerana mereka mahu melihat semua dalam gabungan parti itu bersama sebagai satu unit yang padu.

“Perangai kebudak-budakan seperti pantas menuding jari ke arah orang lain, masih berterusan dalam kalangan segelintir manusia yang tidak dimatangkan oleh proses keusiaan.

Manivanan Gowin.

“Jangan perangai macam budak sekolah. Rakyat sedang memerhatikan. Seharusnya, kita kena menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka, mengucapkan tahniah kepada yang menang dan memerah otak untuk dapatkan idea yang bernas untuk mara ke hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setiap kali berlaku kekalahan, “gendang” akan berbunyi melalui kelompok sama dengan naratif sama, iaitu “undur Anwar undur”.

“Siapa mereka? Segelintir pimpinan DAP. Siapa daripada DAP? Semestinya segelintir Pemuda DAP. Angkara siapa? Segelintir pimpinan DAP yang masih menaruh harapan luar biasa dengan Atok96 (Dr Mahathir Mohamad),” katanya.

Manivanan kemudian mempersoalkan adakah Pemuda DAP pernah menegur pimpinan DAP dan/atau PH apabila Mahathir menghina manifesto Pakatan Harapan.

“Pernah Pemuda DAP meminta Mahathir undur selepas kekalahan teruk dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai? Pernah Pemuda DAP menegur pimpinan kanan mereka yang turut serta dalam pelbagai langkah bersama Anwar untuk mengembalikan mandat rakyat?

“Jawapannya tidak!,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.