
Katanya, hanya kakitangan di pejabatnya yang bertaraf Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) tidak dibenarkan menyertai aktiviti politik.
“Di pejabat Menteri Luar, mereka ini semua (Idham dan Eizlan) adalah petugas yang dilantik. Saya ada dua pegawai PTD. Itu memang pegawai PTD dan saya ‘haramkan’ mereka terbabit dalam kegiatan politik.
“Seperti yang saya katakan, saya ada dua pegawai PTD, manakala dua individu ini (Idham dan Eizlan) adalah pegawai dilantik, jadi terserah kepada mereka sekiranya ingin menghadiri aktiviti politik,” katanya di Dewan Rakyat menjawab soalan tambahan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) berhubung kehadiran Idham dan Eizlan ketika pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.
Ahmad Idham yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bersama Eizlan yang juga penerbit dan pelakon menyertai Wisma Putra pada 1 Nov lalu.