6,355 kes Covid-19, 10 kluster baharu

6,355 kes Covid-19, 10 kluster baharu

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 2,575,888.

Kes harian Covid-19 hari ini turun sedikit berbanding jumlah yang dilaporkan semalam, iaitu 6,380.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,355 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding kes harian yang dilaporkan semalam, iaitu sebanyak 6,380.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,575,888 kes setakat ini.

Sebanyak 5,031 kes dilaporkan sembuh manakala 542 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 436 daripadanya disahkan positif Covid-19.

Sementara itu 268 kes memerlukan alat bantuan pernafasan dengan 173 kes disahkan positif dan baki 95 kes disyaki positif.

Terdapat 6,324 kes jangkitan tempatan hari ini, melibatkan 6,112 rakyat Malaysia dan 212 warga asing, dan 31 kes import.

Daripada jumlah itu hanya 1.8 % atau 115 pesakit berada dalam Kategori 3, 4 atau 5.

Kadar kebolehjangkitan (R0) Covid-19 Malaysia berada pada 1.02, dengan Kuala Lumpur mempunyai tahap R0 tertinggi iaitu 1.09.

Ia diikuti Negeri Sembilan (1.07), Putrajaya (1.06), Kelantan (1.06), Selangor (1.05), Pahang (1.05), Johor (1.03), Kedah (1.02), Perak (1.02), dan Terengganu (1.01).

Negeri-negeri lain merekodkan tahap R0 kurang daripada 1.0.

Sementara itu sebanyak 10 kluster baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah sebanyak 5,877.

Daripada jumlah itu, 246 adalah kluster aktif manakala 5,631 kluster telah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.