
Presidennya AG Kalidas berkata, rayuan itu patut diteruskan memandangkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 16 Julai lalu bukanlah sebulat suara.
Peguam Negara adalah penasihat undang-undang utama kerajaan, selain juga berperanan sebagai Pendakwa Raya.
“Kami berpandangan alasan di sebalik penarikan rayuan dalam kes berprofil tinggi seperti itu mesti didedahkan untuk menunjukkan akauntabiliti kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, peranan Pejabat Peguam Negara sebagai tugu keadilan dan pelindung kepentingan awam adalah sesuatu yang mesti dipertahankan.
“Badan Peguam menegaskan perlunya Peguam Negara memberi penjelasan terperinci di sebalik penarikan semula rayuan itu.”
FMT semalam melaporkan rayuan pendakwaan mungkin telah luput kerana petisyen rayuan tidak difailkan mengikut masa ditetapkan.
Peraturan mahkamah menetapkan petisyen rayuan mesti difailkan di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 10 hari selepas menerima rekod rayuan yang antara lain merangkumi alasan penghakiman dan nota prosiding.
FMT masih menantikan maklum balas Idrus.
Penghakiman majoriti Mahkamah Rayuan memutuskan RM2 juta diberikan kepada Ku Nan oleh Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd Chai Kin Kong, terbukti adalah sumbangan politik untuk dua pilihan raya kecil.