
Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, peningkatan itu juga kerana hospital berkenaan merupakan “Hospital Full Covid-19” dan hospital rujukan Covid-19 bagi semua kawasan di Selangor dan Lembah Klang.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada laporan Sinar Harian pada 17 Nov bertajuk “Gelombang baharu Covid-19 dijangka Disember ini”, menyatakan wad dan ICU hospital itu kembali dipenuhi pesakit Covid-19 Kategori 4 dan 5.
Katanya, laporan itu berdasarkan catatan Twitter, Dr Azfar Kamal yang bertugas di hospital terbabit memaklumkan bahawa lonjakan kes akan berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang.
“Setakat hari ini, bilangan katil ICU di hospital itu adalah sebanyak 54 buah katil (96% penggunaan),” katanya dalam kenyataan.
Justeru katanya, sebagai langkah kesiapsiagaan, sistem gas oksigen di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) telah ditambah baik bagi menampung kes Covid-19 selain membantu mengurangkan beban hospital berkenaan.
Terdahulu, kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan pada 17 Nov menyebut kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R0/Rt untuk seluruh Negara adalah pada kadar 1.04, manakala Selangor merekodkan kadar 1.05.
Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, jumlah kes baharu harian di Selangor adalah sebanyak 1,300 hingga 1,500 kes, dengan 1.5 sehingga 2% adalah kes Kategori 3, 4 dan 5.