Jangan spekulasi kematian Dr Chai, kata Noor Hisham

Jangan spekulasi kematian Dr Chai, kata Noor Hisham

Chai telah melengkapkan dos penggalak vaksin Covid -19 pada 9 Nov lepas dan tidak melaporkan sebarang kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mengenai punca kematian mendiang masih berjalan dan KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes berkenaan.
PETALING JAYA:
Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Chai Koh Meow semalam, sehingga keputusan bedah siasat rasmi diperoleh, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Chai telah melengkapkan dos penggalak vaksin Covid -19 pada 9 Nov lepas dan tidak melaporkan sebarang kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut.

“Beliau telah hadir bekerja dan bertugas seperti biasa sehingga 16 Nov 2021.

“Adalah dimaklumkan bahawa siasatan mengenai punca kematian mendiang masih berjalan. KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau sehingga keputusan bedah siasat rasmi diperolehi. KKM juga memohon masyarakat umum menghormati privasi keluarga mendiang.

“Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang Dr. Chai Koh Meow atas pemergian beliau pada 17 Nov 2021,” katanya di Facebook.

Hisham turut menyifatkan mendiang sebagai seorang yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, masyarakat setempat dan komuniti perubatan tradisional dan komplementari.

Katanya, KKM berdukacita dengan pemergian seorang pegawai kami yang komited dan berdedikasi dalam tugasannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.