Ibu saudara kanak-kanak maut jatuh tingkat 16 kondominium ditahan

Ibu saudara kanak-kanak maut jatuh tingkat 16 kondominium ditahan

Menurut polis, ibu saudara mangsa didapati mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

Semalam, menurut polis, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil di tepi tingkap. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16, di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Zainal Mohamed Mohamed, wanita berumur 36 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya, menurut laporan Bernama.

Zainal berkata suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, ibu mangsa yang juga seorang ibu tunggal dikatakan tiada di rumah kerana keluar atas satu urusan.

Mangsa ditinggalkan bersama adik lelaki yang berusia empat tahun bersama ibu saudara berusia 36 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.