
Ketua Polis Daerah Gombak Zainal Mohamed Mohamed, berkata pemilik akaun berkenaan telah memuat naik beberapa rakaman suara milik lelaki Palestin itu, yang mendakwa seorang anggota polis bertugas di sekatan jalan berkenaan meminta wang daripadanya atas kesalahan gagal menunjukkan dokumen diri yang sah.
“Polis telah merakam keterangan beberapa anggota yang bertugas semasa sekatan jalan raya tersebut. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti anggota yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Zainal Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Abdul Aziz Sulaiman di talian 03-61262222 dan 016-7185750.