
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kenyataan beliau berkata, semua tiga kluster berkenaan berkait tempat kerja.
Kluster dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, dan Pahang.
Perincian tiga kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:
- Kluster Jalan Tiga Danau Kota (Titiwangsa) 9 kes
- Kluster Industri Dua Jalan Anggerik Mokara 472 (Klang dan Petaling) 25 kes
- Kluster Sawit Endau (Rompin) 11 kes
Hisham berkata, sebanyak 5,840 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 278 daripadanya kluster aktif dan 5,562 kluster lagi sudah tamat.