
Mangsa, Mohamad Nazri Mohamad Saad, 48, yang tinggal bersebelahan rumah terlibat kebakaran dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada 5.32 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati sebuah rumah dua tingkat kelas B terbakar, namun tiada mangsa dalam kediaman tersebut.
“Hasil maklumat lanjut mendapati seorang lelaki terjatuh ke dalam sungai berdekatan,” katanya menurut laporan Kosmo.
Ehsan berkata, dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu mangsa yang mempunyai sejarah penyakit sawan berkemungkinan cemas ketika melihat kebakaran.
Dilaporkan, kebakaran mengakibatkan keseluruhan rumah musnah dan tujuh kenderaan antaranya Perodua Alza, Proton Satria, Honda, Nissan Sunny serta Proton Iswara turut terbakar.