Kelar leher anak berebut siaran TV, bapa didakwa membunuh

Kelar leher anak berebut siaran TV, bapa didakwa membunuh

S Krisman berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa membunuh anak lelakinya.

S Krisman, 72, didakwa membunuh anak lelakinya, K Apacnaidu, 37, di sebuah rumah di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, antara 11 pagi hingga 11.30 pagi, 3 Nov. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki warga emas yang mengelar leher anaknya selepas dikatakan bertengkar kerana berebut siaran televisyen di Ulu Bernam, Hulu Selangor, 3 Nov lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas tuduhan membunuh.

S Krisman, 72, dihadapkan ke hadapan hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai majistret, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh anak lelakinya, K Apacnaidu, 37, di sebuah rumah di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, antara 11 pagi hingga 11.30 pagi, 3 Nov.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati, menurut laporan Berita Harian.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Amir Hamdzah, manakala tertuduh diwakili peguam, Vasu Appu.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 22 Dis untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.