7 kluster baharu Covid-19, 2 babit tempat kerja

7 kluster baharu Covid-19, 2 babit tempat kerja

Kluster dikesan di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tujuh kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan beliau berkata, dua daripada kluster berkenaan adalah tempat kerja.

Sementara itu masing-masing satu kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi, pendidikan lain, institusi pendidikan KPM, institusi pendidikan swasta dan pendidikan tinggi.

Kluster dikesan di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur.

Perincian tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Industri Batu 4 Jalan Kebun (Klang dan Kuala Langat) 70 kes
  • Kluster Jalan Gajah Mati Machang Bubok (Seberang Perai Tengah) 19 kes
  • Kluster Pulai Chondong 2 (Machang) 7 kes
  • Kluster Jalan Tanjong Mas (Kota Bharu) 25 kes
  • Kluster Jalan Kempas Lapan (Kulai) 7 kes
  • Kluster Sawit Mengkarak (Bera) 51 kes
  • Kluster Kandi Sungai Besi 2 (Cheras) 18 kes

Hisham berkata, sebanyak 5,824 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 300 daripadanya kluster aktif dan 5,524 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.