SPRM tahan pengurus syarikat minta suapan hampir RM1 juta

SPRM tahan pengurus syarikat minta suapan hampir RM1 juta

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah lokasi di sekitar Kuala Lumpur kira-kira pukul 5 petang semalam.

Difahamkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini bagi tujuan permohonan reman.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pengurus syarikat kerana dipercayai meminta suapan berjumlah hampir RM1 juta daripada seorang pemilik kilang yang kononnya didakwa sebagai “wang perlindungan”.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur kira-kira jam 5 petang semalam.

Menurut sumber, suapan itu dipercayai bagi membolehkan pemilik kilang berkenaan tidak diambil tindakan atas kesalahan melibatkan pekerja kilang terbabit.

Katanya, suspek dikatakan meminta dan menerima wang berjumlah kira-kira RM840,000 secara tunai dan pemindahan secara dalam talian sejak Julai hingga September lalu.

“Suspek kononnya akan meminta agensi penguat kuasa terlibat tidak mengambil tindakan terhadap pemilik kilang itu kerana terdapat pekerja warga asing di kilang tersebut meninggal dunia akibat Covid-19.

“Selain itu, dia juga meminta wang tambahan berjumlah kira-kira RM120,000 kononnya untuk diberi kepada penguat kuasa disebabkan pemilik kilang itu menggaji pekerja tanpa permit,” menurut sumber itu.

Difahamkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini bagi tujuan permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.