Kerana selipar budak 11 tahun reka cerita dakwa diculik

Kerana selipar budak 11 tahun reka cerita dakwa diculik

Polis menerima laporan daripada seorang wanita berketurunan Orang Asli kira-kira 5 petang, yang mendakwa anaknya berusia 11 tahun itu hilang setelah pergi ke sebuah kedai runcit bersama pasangan kembarnya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, kanak-kanak yang dilaporkan hilang itu dijumpai dua kilometer dari lokasi kejadian dan mendakwa dirinya diculik oleh seorang lelaki tidak dikenali namun dia berjaya melarikan diri.
JOHOR BAHRU:
Bimbang dimarahi ibu bapa setelah seliparnya hilang, seorang kanak-kanak lelaki mendakwa dirinya diculik oleh seorang lelaki tidak dikenali, dalam kejadian di Permas Jaya di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita berketurunan Orang Asli kira-kira 5 petang, yang mendakwa anaknya berusia 11 tahun itu hilang setelah pergi ke sebuah kedai runcit bersama pasangan kembarnya.

Beliau berkata wanita itu memberitahu anaknya telah memasuki kedai itu manakala seorang lagi berada di luar kedai, namun selesai membeli barang anaknya mendapati pasangan kembarnya tiada di luar kedai lalu pulang ke rumah dan mengadu kepada ibunya tentang kehilangan itu.

“Susulan kejadian, wanita tersebut mengambil keputusan mencari anaknya di sekitar kawasan perumahan bagaimanapun gagal menemuinya.

“Laporan polis dibuat setelah hampir dua jam kehilangan anaknya, namun beberapa ketika anaknya memberitahu kembarnya telah dijumpai orang awam dalam keadaan baik dan selamat,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Raub, kanak-kanak yang dilaporkan hilang itu dijumpai dua kilometer dari lokasi kejadian dan mendakwa dirinya diculik oleh seorang lelaki tidak dikenali yang memakai topeng ninja dan dibawa ke sebuah rumah, namun dia berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut terhadap kanak-kanak tersebut mendapati dia sebenarnya telah bermain kejar-kejar dengan sorang budak lelaki lain sehingga kehilangan selipar.

Dia yang bimbang dimarahi oleh ibu bapanya, telah mendakwa dirinya dibawa lari, jelas Raub.

Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) setelah mendapati kes ini tiada unsur jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.