4 daripada 5 kluster baharu babitkan tempat kerja

4 daripada 5 kluster baharu babitkan tempat kerja

Kluster dikesan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Kuala Lumpur.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan enam kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan beliau berkata, empat daripada kluster berkenaan membabitkan tempat kerja dan satu kluster membabitkan pendidikan tinggi.

Kluster dikesan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Kuala Lumpur.

Perincian lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Jalan Putra Nilai (Seremban) 16 kes
  • Kluster Industri Teknologi Cheng Lapan (Melaka Tengah) 26 kes
  • Kluster Jalan Bypass 2 (Segamat) 46 kes
  • Kluster Jalan Lazat Satu (Lembah Pantai) d12 kes
  • Kluster Jalan Industri Satu Jelapang (Kinta) 16 kes

Hisham berkata, sebanyak 5,817 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 307 daripadanya kluster aktif dan 5,510 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.