Polis siasat video tular sambut Deepavali tak ikut SOP

Polis siasat video tular sambut Deepavali tak ikut SOP

Mereka yang terlibat di dalam video berkenaan tidak menjaga penjarakan sosial beberapa individu tidak memakai pelitup muka ketika sambutan perayaan itu.

Video tular berdurasi 36 saat dari aplikasi TikTok turut menunjukkan sekumpulan lelaki sedang bermain alat muzik (gendang) sambil menari.
PETALING JAYA:
Polis akan menyiasat satu rakaman tular memaparkan sekumpulan orang ramai dipercayai penganut Hindu sedang melihat pembakaran bunga api di tengah jalan.

Video tular berdurasi 36 saat dari aplikasi TikTok turut menunjukkan sekumpulan lelaki sedang bermain alat muzik (gendang) sambil menari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Basri Sagoni berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 2 Nov antara jam 11 hingga 12.30 malam di Brickfields Kuala Lumpur.

“Pihak Polis memandang serius sebarang pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berlaku di negara ini dan penyiasatan akan dijalankan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan video tersebut, didapati orang ramai yang menyertai sambutan perayaan Deepavali tidak menjaga penjarakan sosial, malah beberapa individu dilihat tidak memakai pelitup muka.

Susulan itu, Basri berkata ia sedikit sebanyak telah mencetuskan spekulasi.

“Video ini telah menimbulkan pelbagai persepsi awam ke atas Kerajaan Malaysia.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini bimbang mendatangkan kegusaran awam,” tambahnya.

Sehubungan itu, saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta hadir ke Balai Polis berdekatan untuk memberi keterangan.

Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.